awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti Palestin: Bantuan Kemanusiaan ke Gaza siri ketiga berlepas 13 Disember - Zahid

Fareez Azman
Fareez Azman
06/12/2023
06:31 MYT
Solidariti Palestin: Bantuan Kemanusiaan ke Gaza siri ketiga berlepas 13 Disember - Zahid
Ahmad Zahid (empat, kiri) menyaksikan penyerahan sumbangan Misi Bantuan Rakyat Palestin daripada Wanita UMNO Malaysia dan Syarikat 99 Speedmart Sdn Bhd. -Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Luar akan menerbangkan barangan bantuan kemanusiaan siri ketiga kepada penduduk Palestin di Gaza pada 13 Disember ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, barangan bantuan itu seberat 60 tan iaitu tiga kali ganda daripada penerbangan pertama dan kedua sebelum ini.
"Kementerian Luar akan menghantar penerbangan ketiga pada 13 Disember dan jumlah muatan kali ini agak besar kira-kira 60 tan.
"Penerbangan pertama dan dua hanya masing-masing 20 tan, ini tiga kali ganda daripada jumlah asal.
"Kutipan (sumbangan) masih berjalan oleh Wanita UMNO. Kita juga telah dan sedang memantau kutipan yang dibuat oleh NGO," katanya.
Tambah Ahmad Zahid, keprihatinan rakyat Malaysia perlu diteruskan dalam memastikan bantuan disalurkan kepada rakyat Palestin di Gaza.
"Kita harap keprihatinan rakyat Malaysia ini dapat kita teruskan. Kita lihat asakan di Selatan Gaza ini amat menyakitkan, dan kezaliman ini masih diteruskan oleh pihak Zionis.
"Kita harus memberikan bantuan berterusan kepada rakyat Palestin yang berada di Gaza yang terus ditekan oleh pihak Israel," tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin oleh 99 Speedmart Sdn Bhd dan Wanita UMNO Malaysia di Bangunan Perdana, di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Wanita UMNO Malaysia diwakili Ketua Wanitanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyerahkan sumbangan berjumlah RM621,954.60 kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin.
Manakala syarikat pengendali rangkaian pasar mini 99 Speed Mart menyerahkan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada tabung yang sama.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Zahid Hamidi
#Palestin
#bantuan kemanusiaan siri ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan