ISTANBUL: Arab Saudi mengeluarkan amaran “potensi bahaya” awal Khamis bagi dua bandar di selatan negara iaitu Abha dan Khamis Mushait, lapor Anadolu Ajansi.
Kenyataan itu dimuat naik oleh Direktorat Jeneral Pertahanan Awam Arab Saudi menerusi platform media sosial X.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya berwaspada terhadap kemungkinan bahaya dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai bentuk atau punca bahaya yang mendorong amaran berkenaan dikeluarkan.
-- BERNAMA-ANADOLU