awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti Palestin: Elak pergerakan ke kawasan konflik - KPN

Bernama
Bernama
13/10/2023
07:10 MYT
Solidariti Palestin: Elak pergerakan ke kawasan konflik - KPN
Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik atas faktor keselamatan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta rakyat negara ini untuk menggunakan saluran dan medium yang aman sejahtera dalam menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semua lapisan masyarakat yang ingin menyalurkan sebarang bentuk bantuan juga dinasihat agar menyemak kesahihan wakil yang menguruskan sumbangan serta mengambil langkah teliti bagi mengelak daripada menjadi mangsa scammer.
"Masyarakat perlu berwaspada untuk mengelak daripada terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang cuba mengaut keuntungan...iringan doa dan sokongan moral rakyat Malaysia, merupakan solidariti terbaik kepada warga Palestin yang ditindas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman juga akan meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak dikesan cuba mengambil kesempatan.
Razarudin turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik atas faktor keselamatan.
Katanya PDRM telah menggerakkan elemen berkaitan khususnya cawangan khas bagi memastikan tiada penglibatan rakyat Malaysia sehingga mewujudkan risiko keselamatan diri.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, iaitu pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas, telah mengorbankan ratusan nyawa di kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#PDRM
#solidariti
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan