awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khidmat polis bantuan tidak boleh disalah guna, dikomersialkan - Bukit Aman
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Solidariti Palestin: Masjid, surau di Perak diminta adakan solat hajat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/04/2023
23:30 MYT
Solidariti Palestin: Masjid, surau di Perak diminta adakan solat hajat
Solat hajat itu dimohon diadakan selepas solat Jumaat hari ini. - Gambar hiasan
IPOH: Seluruh masjid dan surau diri Jumaat di Perak dipohon agar mengadakam solat hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin susulan serangan rejim Zionis Israel di Masjid Al-Aqsa.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, solat hajat itu mohon diadakan selepas solat Jumaat hari ini.
Ia ekoran serangan dan kekasaran tentera Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa.
“Serangan tersebut tidak sepatutnya berlaku terhadap umat Islam di Palestin yang sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan,” katanya dalam surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau diri Jumaat, pada Khamis.
Dalam serangan pada Rabu, sekurang-kurangnya 12 orang cedera serta lebih 350 rakyat Palestin ditahan.
Dalam satu video di media sosial, polis Israel yang bersenjata lengkap menggunakan belakang senapang dan kayu untuk memukul jemaah Palestin yang berada di dalam Masjid Al-Aqsa.
Polis Israel menyerang jemaah Masjid Al-Aqsa
Terdahulu, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu terhadap jemaah Palestin dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan tentera Israel menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian tempat ketiga paling suci dalam Islam.
Topic Berkaitan
#solat hajat
#Masjid Al-Aqsa
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan