KUALA LUMPUR: Langkah Istana Budaya melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu, berhubung proses dan tatacara penyewaan penuh pentas utamanya Panggung Sari bermula tahun lepas, berjaya mengatasi masalah hutang tertunggak yang dihadapi agensi itu sejak 2010.
Ketua Pengarahnya Zubaidah Mukhtar berkata antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan, selain perlu menanggung pembayaran elaun lebih masa petugas Istana Budaya yang bekerja untuk syarikat produksi.
"Bagi mengelakkan hutang bertambah, kita (Istana Budaya) perlu bertegas dengan semua pihak. Kita tidak mahu kejadian sama berulang lagi di kemudian hari.
"Alhamdulillah, sejak kita melaksanakan peraturan itu, tidak ada lagi isu ABT (akaun belum terima) dari segi sewaan premis pada tahun lepas," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Zubaidah berkata Istana Budaya, pada masa yang sama masih mengekalkan harga RM15,000 bagi setiap persembahan sejak hampir 25 tahun lepas, selain syarikat produksi dikehendaki membayar deposit RM10,500 sebelum memulakan persembahan.
Sementara itu, sebelum Istana Budaya ditutup sepenuhnya selama dua tahun bermula tahun hadapan, Zubaidah mengalu-alukan jika ada mana-mana syarikat produksi atau agensi yang berminat untuk mengadakan persembahan atau pementasan di Panggung Sari, sebelum hujung tahun ini.
"Kita masih ada beberapa slot persembahan atau pementasan sebelum berakhirnya tahun ini dan mereka yang berminat, boleh menghantar permohonan selewat-lewatnya September depan," katanya.
Zubaidah berkata Istana Budaya akan ditutup sepenuhnya selama dua tahun bermula 1 Jan 2024 hingga 1 Jan 2026, bagi membolehkan kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih bahagian luar bangunan ikonik itu, terutamanya penggantian bumbung dengan melibatkan peruntukan hampir RM30 juta.
Beliau berkata ia merupakan proses pembaikan dan penyelenggaraan yang kali pertama dilakukan secara besar-besaran, selepas hampir 25 tahun ia beroperasi.
Beliau turut berharap tiada lagi penangguhan akan berlaku dan segala kerja membaik pulih akan siap mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Sebelum Istana Budaya ditutup sepenuhnya selama dua tahun bermula tahun hadapan, Zubaidah mengalu-alukan jika ada mana-mana syarikat produksi atau agensi yang berminat untuk mengadakan persembahan atau pementasan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.