Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan Tabung Haji (TH) berkenaan keselamatan semasa di tanah suci sudah mencukupi bagi petugas untuk berdepan insiden kecemasan sekiranya musibah seperti kejadian kren tumbang berulang.
Pengurus Maktab 87 TH bagi musim haji 1439H Khairoddin Ahmad berkata kejadian menggemparkan itu memberi banyak pengalaman kepadanya dalam aspek mengendalikan kebajikan jemaah haji.
"Ketika latihan pengukuhan di tanah air lagi kami sudah diberikan pendedahan berkaitan risiko dan apa yang perlu dilakukan ketika berdepan kecemasan. Ia panduan yang banyak manfaatnya," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bagi musim haji kali ini, beliau berkata pasukan pengurusan Maktab 87 dianggotai 11 petugas termasuk dua penolong pengurus, empat petugas haji, dua penasihat ibadat tanah suci (PIHTAS) dan dua pembantu petugas haji.
"Semua Pengurus Maktab juga sudah disediakan SOP untuk perkara penting dalam ibadat haji iaitu pergerakan ketika operasi Masyair iaitu hari wukuf di Arafah dan seterusnya ke Muzdalifah dan Mina.
"Kita perlukan perancangan yang seragam dan tersusun. Untuk operasi Masyair, kami 11 petugas akan turut dibantu petugas daripada bahagian kebajikan," katanya.
Tragedi kren untuk kerja perluasan Masjidil Haram tumbang pada 11 Sept 2015 itu menyaksikan seramai 180 jemaah haji maut dan 238 cedera, daripada jumlah itu, tujuh yang maut dan 11 cedera adalah jemaah Malaysia.
Khairoddin berkata iktibar dan pengajaran yang diperolehnya daripada peristiwa itu sering dikongsi bersama jemaah supaya mereka menjalin hubungan yang erat dengan rakan sebilik.
Katanya lagi pengajaran paling penting daripada tragedi itu ialah peranan rakan sebilik dalam membantu jemaah lain apabila berdepan musibah.
"Setiap jemaah perlu sedar, rakan sebilik adalah orang paling rapat dengan mereka dan yang akan membantu apabila kesusahan. Jadi, kena saling kerjasama dan bertolak ansur," katanya.
Berkongsi pengalaman tragedi kren tumbang itu, Khairoddin berkata dua daripada jemaah yang maut adalah penghuni maktab yang diuruskan beliau dan jenazah seorang daripada jemaah hanya ditemukan tiga hari sebelum hari wukuf.
"Apa yang saya nak kongsikan ialah peranan teman sebilik isteri mangsa yang banyak membantu menenangkan dan memberi motivasi.
"Apabila jenazah ditemukan, isteri mangsa sudah reda dan dapat menerima kejadian menimpa suaminya dengan tabah," katanya.
Setakat ini, beliau berkata seramai 1,900 jemaah penghuni Maktab 87 sudah tiba di Makkah daripada jumlah keseluruhan 2,932 penghuni di maktab itu dan bakinya dijadualkan tiba menerusi dua penerbangan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 10 2018
SOP pengurusan Tabung Haji (TH) berkenaan keselamatan semasa di tanah suci sudah mencukupi bagi petugas untuk berdepan insiden kecemasan. - Gambar fail
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
Niaga AWANI: Pekerja Kesuma Bangsa: Lonjakkan kesejahteraan pekerja, produktiviti organisasi
Bagaimana untuk memahami hubungan antara kesejahteraan pekerja dan produktiviti organisasi, terutamanya dalam konteks Malaysia?
Boleh guna kad debit, kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Kaedah pembayaran baharu ini bertujuan untuk memberi kemudahan dan meningkatkan kecekapan proses pembelian untuk pengguna Rapid KL.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Feyenoord dan Liverpool dilaporkan minggu lalu mencapai persetujuan pada dasarnya untuk Slot mengambil alih daripada Jurgen Klopp musim depan.
Blinken akan terus desak Netanyahu
Blinken berkata masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan bantuan sampai kepada orang ramai secara berterusan.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
IsDB simpul mesyuarat 4 hari, dengan 85 perjanjian pembiayaan US$8 bln
Perjanjian tersebut berkaitan dengan operasi serta projek dalam pelbagai sektor, kata Presiden IsDB Dr Muhammad Al-Jasser.
AWANI Pagi: Hari Pekerja 2024 - Tangani stres, perbaiki psikologi pekerja
Bersempena Hari Pekerja yang disambut 1 Mei, ia boleh disifatkan sebagai hari meraikan pekerja yang membantu dalam pembangunan ekonomi dan produktiviti tempatan.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
Namun perkara yang sering terlepas pandang pastinya stress dengan kerja, dan kesihatan psikologi diri.
Ikuti diskusi AWANI Pagi bersama pakar psikologi untuk merungkai perkara ini.
AWANI Pagi: SSPA, jangan tinggal lagi skim kami?
Diskusi AWANI Pagi bersama Setiausaha Agung Gabongan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS), Amir Hamzah Yakat Ali untuk mengupas mengenai nasib, dan kebajikan perkhidmatan awam bersempena Hari Pekerja 2024.
SOP haji TH sediakan petugas berdepan insiden tidak diingini
Prosedur operasi standard (SOP) pengurusan Tabung Haji (TH) berkenaan keselamatan semasa di tanah suci sudah mencukupi bagi petugas untuk berdepan insiden kecemasan.