awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam

Bernama
Bernama
27/03/2022
07:45 MYT
SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam
Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia. - Gambar fail
SONGKHLA: Pembukaan semula dua pintu sempadan darat Thailand-Malaysia pada 1 April akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong serta penduduk tempatan sentiasa terpelihara.
Timbalan Gobenor Wilayah Songkhla Amphon Pongsuwan berkata bermula 1 April, dua pintu sempadan Sadao (wilayah Songkhla)-Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun)-Wang Kelian (Perlis) akan dibuka semula kepada pelancong yang lengkap vaksin COVID-19.
Selain itu, mereka perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$20,000, katanya.
"Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.
"Syarat-syarat ini penting kerana kesihatan awam adalah keutamaan kami," katanya ketika dihubungi Bernama.
Bermula 1 April, Amphon berkata pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi tidak perlu sertakan ujian COVID-19, 72 jam sebelum perjalanan ke Thailand.
Selain itu pintu sempadan darat Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai juga dijadual menerima kedatangan pelancong antarabangsa bermula 1 April.
Rakyat Malaysia menjadi kumpulan terbesar pelancong ke negara itu sebelum pandemik COVID-19. Pada 2019, Thailand mencatat hampir 40 juta pengunjung termasuk 4.1 juta pelawat dari Malaysia.
Untuk merancakkan industri pelancongan terutama di wilayah selatan, Menteri Pelancongan dan Sukan, Phiphat Ratchakitprakarn berkata Thailand bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membuka semula semua pintu sempadan darat dengan Malaysia menjelang 1 Mei.
Phiphat berkata kementerian akan mencadangkan kepada Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) untuk membuka semula lebih banyak pintu masuk antara kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sempadan
#malaysia-thailand
#Sadao
#kesihatan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan