Badan Kehakiman Malaysia akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) serta garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ketat termasuk wajib memakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa dan mengambil suhu badan apabila perbicaraan terbuka di mahkamah diadakan secara berperingkat bermula Rabu ini.
Menurut kenyataan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, hari ini, hanya individu dengan suhu badan 38 darjah Celsius dan ke bawah akan dibenarkan memasuki premis mahkamah.
Pihak berkaitan dan orang ramai juga dinasihati untuk tidak hadir ke mahkamah jika mereka tidak sihat.
"Ini sejajar dengan langkah pencegahan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19," menurut kenyataan itu.
Jelasnya, mahkamah juga tidak akan menyediakan penutup mulut dan hidung kepada mereka yang hadir ke mahkamah.
Selain itu, menurut kenyataan berkenaan, tempat duduk dan ruang di mahkamah juga adalah terhad dan semua pihak diminta untuk duduk di dalam kawasan yang ditanda di tempat duduk untuk menjaga penjarakan sosial.
Individu yang menghadiri mahkamah juga diminta memuat turun dan melengkapkan borang pelawat mahkamah daripada laman web rasmi kehakiman untuk tujuan jejak sosial.
Borang pelawat juga boleh didapati di premis mahkamah.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa setiap mahkamah di seluruh Malaysia hanya mempunyai satu pintu masuk ke premis masing-masing dan hanya mereka yang mempunyai urusan dengan mahkamah dibenarkan memasuki premis tersebut.
Orang ramai juga diminta untuk melaksanakan urusan mereka di kaunter atau di mahkamah yang ditentukan dengan segera tanpa melengahkan masa.
Bagi kes jenayah, hanya seorang anggota keluarga dibenarkan memasuki premis mahkamah dan hanya seorang individu yang dituduh dibenarkan berada di dalam bilik bicara mahkamah bagi mendengar prosiding kes mereka.
Saksi atau pihak yang terlibat dalam prosiding mahkamah hanya dibenarkan masuk ke premis mahkamah 30 minit sebelum perbicaraan kes bermula dan saksi juga diminta untuk berhubung dengan pegawai polis atau peguam masing-masing berhubung kes mereka sebelum menghadiri prosiding atau urusan lain di mahkamah.
Semua pihak diminta meninggalkan premis mahkamah sebaik sahaja urusan mereka selesai.
Badan kehakiman juga meminta kerjasama semua pihak untuk menjaga kebersihan premis mahkamah.
"Semua pihak diminta mematuhi semua arahan yang berkaitan dengan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai SOP kehakiman, orang ramai boleh melayari laman web rasmi kehakiman di www.kehakiman.gov.my. - BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
Badan Kehakiman Malaysia akan melaksanakan SOP serta garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ketat termasuk wajib memakai penutup mulut dan hidung sepanjang masa dan mengambil suhu badan. - Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
SOP ketat apabila mahkamah dibuka Rabu ini
Badan Kehakiman Malaysia akan melaksanakan SOP serta garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ketat.
Normal baharu: Badan Kehakiman Malaysia cipta sejarah
Langkah itu bagi membolehkan orang awam melihat secara langsung pendengaran kes yang dijalankan seperti di mahkamah terbuka dan juga memastikan akses kepada keadilan adalah berterusan.