Sistem Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan pusat tahfiz perlu diselaraskan bagi memastikan pusat itu mampu melahirkan generasi al-Quran yang bertaqwa dan berdaya saing dari segi akademik.
Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata penyeragaman berkaitan dengan aspek kebajikan murid termasuk tahap keselamatan, kesihatan, pemakanan dan bentuk hukuman adalah perlu agar pemantauan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
"Justeru, semua pengusaha pusat tahfiz disaran agar mendaftar dengan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan Majlis Agama Islam negeri masing-masing bagi mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.
"Secara tidak langsung ia dapat mengangkat kualiti pusat tahfiz dalam melahirkan murid dan pelajar cemerlang sekali gus merapatkan jurang antara sekolah-sekolah yang lain," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Terdahulu, beliau menghadiri Ceramah Rang Undang-undang 355 yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang di sini pada Sabtu.
Ceramah berkenaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai penangguhan perbahasan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau RUU355.
Mohd Ali meminta agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden membabitkan pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, kerana siasatan masih dijalankan.
"Penderaan berlaku di mana-mana termasuk di sekolah dan institusi pengajian tinggi...oleh itu, kes seperti ini tidak perlu (buat andaian sendiri) hingga memberi gambaran (negatif) kepada ibu bapa seolah-olah semua pusat tahfiz begitu.
Tindakan itu (spekulasi) boleh mengelirukan masyarakat dan boleh mencemar (nama baik) institusi berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden malang yang menimpa Allahyarham Mohamad Thaqif, 11, yang meninggal dunia Rabu lepas selepas didakwa dipukul oleh pembantu warden di sekolah tahfiz di mana dia belajar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2017
ALI RUSTAM: Penyeragaman berkaitan dengan aspek kebajikan murid adalah perlu agar pemantauan dapat dilaksanakan secara menyeluruh. -Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
SOP pusat tahfiz perlu diselaraskan - Ali Rustam
Penyeragaman berkaitan dengan aspek kebajikan murid termasuk tahap keselamatan, kesihatan, pemakanan dan bentuk hukuman adalah perlu agar pemantauan dapat dilaksanakan secara menyeluruh.