awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SOP REE: Aktiviti perlombongan selamat dilakukan, elak pembaziran sumber - Aminuddin

Bernama
Bernama
01/09/2023
00:00 MYT
SOP REE: Aktiviti perlombongan selamat dilakukan, elak pembaziran sumber - Aminuddin
Aminuddin mengetuai barisan Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan melafaz ikrar Rukun Negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Sembilan di Seremban, 31 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
SEREMBAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan unsur nadir bumi (REE) yang akan ditetapkan kerajaan dapat memastikan aktiviti perlombongan hasil mineral itu dilakukan dengan selamat sekali gus mengelakkan pembaziran sumber.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata ia turut memberikan pulangan kepada kerajaan negeri berikutan Negeri Sembilan mempunyai potensi besar dalam membangunkan REE.
"Memang kerajaan negeri sedang menunggu (SOP) sebelum kita membenarkan REE dilombong di Negeri Sembilan...kita tidak ingin mengejar satu hasil baharu (tanpa SOP) tetapi kita kehilangan banyak kelebihan pada negeri kita.
"Untuk menjadikan ia sebagai antara sumber ekonomi negeri, itu sudah kita kenal pasti sebenarnya sejak tiga tahun yang lepas cuma SOP itu tidak ada, kita tidak ingin mengumumkan kerana kita khuatir ada pihak yang mengambil kesempatan dalam perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Negeri Sembilan di sini pada Khamis.
Beliau berkata dengan adanya SOP dan garis panduan berkenaan, ia juga akan mengelakkan kecurian hasil bumi itu selain mereka yang mempunyai kawasan untuk perlombongan akan mendapat manfaat sebaiknya.
Baru-baru ini, media melaporkan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya akan memanggil satu jawatankuasa yang dipengerusikan beliau di bawah Majlis Mineral Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan SOP berkaitan REE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Harun
#SOP REE
#perlombongan selamat
#pembaziran sumber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan