awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca ekstrem boleh berlaku dari semasa ke semasa - MetMalaysia
Had tempoh jawatan PM: Perlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan, kesediaan parti politik - Penganalisis
Dakwa disamun di Genting Highlands, wanita warga asing disiasat buat laporan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
24/03/2021
09:37 MYT
Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
Keputusan itu berkuat kuasa pada Sabtu, 27 Mac 2021 dengan beberapa syarat yang harus dipatuhi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersetuju untuk membenarkan pengoperasian semula sektor spa, refleksologi, pusat urutan kaki (PUK) dan pusat Karaoke.
Keputusan itu berkuat kuasa pada Sabtu, 27 Mac 2021 dengan beberapa syarat yang harus dipatuhi.
"Sebelum memulakan operasi, premis-premis terlibat dikehendaki mendapatkan kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB).
"Semua pekerja dan pengusaha mesti menjalani ujian swab untuk RT-PCR dan keputusan mereka harus berstatus negatif COVID-19 sebelum memulakan operasi.
"Pemeriksaan berkala akan dilaksanakan untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi. SOP (berkenaan pelaksanaan ini) boleh diperolehi dari laman web Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak iaitu mlgh.sarawak.gov.my," maklum JPBN Sarawak menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, dalam perkembangan COVID-19, Sarawak hari ini merekodkan penambahan kluster baharu dikenali sebagai Kluster Chupak, Serian yang melibatkan Kampung Chupak di Siburan.
"Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-11,561 merupakan seorang wanita tempatan berumur 27 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 9 Mac 2021.
"Kes yang bekerja di daerah Kuching kemungkinan telah mendapat jangkitan melalui jangkitan komuniti, yang kemudian telah merebak dalam kalangan ahli keluarga dan seterusnya kepada individu lain di Kampung Chupak melalui pergaulan dan kontak rapat," lapor JPBN Sarawak.
Ujar kenyataan itu, hasil pengesanan kepada kontak rapat kes indeks, 56 individu telah dikesan positif COVID-19. Dari keseluruhan 338 individu yang menjalani saringan, 41 individu diisytiharkan negatif, manakala 240 kes masih menunggu keputusan.
Sarawak secara keseluruhannya pada hari ini merekodkan 141 kes baharu COVID-19, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 14,655 kes.
"Daerah Miri merekodkan (34 kes), Bintulu (27), Serian (25), Sibu (17), Samarahan (sembilan), Kuching (lapan), Tebedu (enam), Tanjung Manis (lima), Sarikei (tiga), manakala selebihnya satu dicatatkan di Kanowit, Kapit, Meradong, Mukah, Selangau, Sri Aman dan Subis," jelas JPBN Sarawak.
Topic Berkaitan
#pandemik
#COVID-19
#Kluster baharu
#kebenaran pengoperasian pusat spa
#JPBN Sarawak
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JPBN
#SPA
#refleksologi
#urut
#karaoke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan