awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPAD kawal selia aplikasi E-Hailing

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
18/11/2016
06:10 MYT
SPAD kawal selia aplikasi E-Hailing
SPAD dalam satu kenyataan Jumaat, menjelaskan bahawa langkah-langkah tersebut merupakan inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen. - Gambar fail
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melaksanakan langkah-langkah segera di bawah program Transformasi Teksi Industri (TITP).
SPAD dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan bahawa langkah-langkah tersebut merupakan inisiatif yang tidak memerlukan pindaan undang-undang oleh Parlimen, iaitu liberalisasi permit kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak iaitu permit yang berkontrak.
Sejak 1 September lalu, 1,600 permohonan telah diterima, menurut SPAD.
Inisiatif ini terus diterima baik oleh pemandu teksi kerana ia menyediakan kebebasan untuk memilih model perniagaan yang paling sesuai dengan taraf ekonomi mereka.
Bagi aplikasi E-hailing, suruhanjaya itu telah mengambil langkah-langkah untuk meminda undang-undang berkenaan dengan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan.
Setelah dimuktamadkan, pindaan yang dicadangkan itu akan dibentangkan kepada kabinet sebelum diluluskan oleh Parlimen.
SPAD berkata kelulusan oleh Parlimen dianggarkan tercapai pada suku pertama 2017.
Apabila pindaan kepada undang-undang tersebut telah diluluskan oleh Parlimen, spad berkata pihaknya akan melaksanakan dan mengawal selia aplikasi E-hailing.
Pada Isnin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa SPAD untuk mempercepatkan pindaan undang-undang untuk mengawal selia kereta Uber dan GrabCar dalam usaha untuk menyediakan satu platform yang sama antara perkhidmatan perkongsian perjalanan baru dan teksi tempatan.
Beliau berkata terdapat keperluan untuk mengawal selia Uber dan GrabCar kerana tidak ada undang-undang yang mengawal mereka dan terdapat keperluan untuk mewujudkan satu platform yang sama bagi ketiga-tiga parti, termasuk teksi.
Pada Ogos, SPAD melaporkan ia telah menggariskan rancangan untuk meningkatkan industri teksi di Malaysia.
Topic Berkaitan
#e-hailing
#SPAD
#teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan