KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim berharap kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal komited untuk melaksanakan Transfromasi Parlimen yang telah diusahakan sejak dua tahun lepas.
Beliau berkata transformasi itu antara lain akan meminda beberapa akta berkaitan parlimen antaranya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen.
Katanya, langkah berkenaan membolehkan satu peraturan diwujudkan bagi memastikan kelakuan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat adalah lebih berhemah dan dihormati.
"Menerusi pemerkasaan akta tersebut, kadar bayaran denda yang lebih tinggi boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang tidak memberi kerjasama di bawah Parlimen atau yang melanggar peraturan dewan," menurut Rais dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini.
PANTAU KERAJAAN BAHARU, LAPORAN KOMPREHENSIF ADA DI SINI
Kenyataan itu turut menyebut Rais menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh di pejabatnya di sini hari ini dan mereka berdua turut membincangkan isu transformasi Parlimen.
Menurut Rais, denda yang dikenakan bagi Ahli Parlimen yang gagal menunaikan tanggungjawab di bawah akta tersebut buat masa kini iaitu RM1,000 adalah terlampau sedikit.
"Kertas Kabinet berkenaan perkara ini telah pun diluluskan semasa Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) diterajui Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Justeru beliau berharap agar kepimpinan yang baharu ini akan meneruskan usaha tersebut demi kepentingan institusi legislatif negara,
Tan Sri Dr Rais menerangkan bahawa perkara ini telah disuarakan kepada Perdana Menteri Ke-10 baru-baru ini dan sedang dalam perhatian yang khusus," menurut kenyataan itu.
Inisiatif untuk mentransformasikan Parlimen yang dimaksudkan itu pertama kalinya dibincangkan dan diumumkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sept 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022

Transformasi itu antara lain akan meminda beberapa akta berkaitan parlimen antaranya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen. - Gambar fail

PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok
PDRM menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 merupakan milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchy.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed dilantik Putera Mahkota Abu Dhabi
Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan turut umum pelantikan adiknya, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sebagai Naib Presiden UAE.

Halang MB Kedah: 'Saya akan dapatkan situasi sebenar' - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu menyifatkan perkara sedemikian tidak wajar berlaku sekiranya betul.

FIFA gugurkan Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun
Pengumuman tuan rumah baharu akan dibuat tidak lama lagi dan hukuman buat Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia juga akan ditentukan.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Beliau mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.

Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.

Akta Perkhidmatan Parlimen, naik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas antara agenda Johari
Beliau dan Tan Sri Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.

Rais saran wujudkan kawasan warisan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
DBKL disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Parlimen perlu berasingan dan bebas - Rais
Parlimen seharusnya berasingan serta berbeza daripada badan kehakiman dan badan eksekutif selaras dengan semangat reformasi, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Tabung Haji rugi RM1.961 juta angkara scam - Rais
Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM1.961 juta akibat aktiviti penipuan dalam talian (scam).

Rais cadang Dewan Rakyat, Dewan Negara bentuk jawatankuasa bersama tangani isu rakyat
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim mencadangkan supaya Dewan Negara dan Dewan Rakyat membentuk jawatankuasa bersama dalam membantu serta menangani isu berkaitan rakyat.

Sekat masuk Parlimen, Rais Yatim tegur KDN dan PDRM
Jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-Ahli hendak pergi dan balik dari Parlimen, pinta Yang di-Pertua Dewan Negara.