awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker DUN Terengganu serah notis bubar

Bernama
Bernama
04/04/2013
03:48 MYT
Speaker DUN Terengganu serah notis bubar
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang hari ini menyerahkan notis pembubaran DUN Terengganu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Terengganu.
Tengku Putera menyerahkan notis itu kepada Pengarah SPR negeri Fakhrul Razi Ab Wahab di Pejabat Yang DiPertua Wisma Darul Iman di sini, pada pukul 9.20 pagi tadi.
"Penyerahan itu bagi membolehkan pilihan raya umum negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)," katanya kepada pemberita selepas penyerahan notis berkenaan.
Pembubaran DUN Terengganu diumum Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said pada satu majlis di Sura, Dungun malam tadi, selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 8 malam.
Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN dan lapan kerusi parlimen.
Pada PRU 2008, Barisan Nasional Terengganu menang dengan majoriti dua pertiga. PAS hanya menang lapan kerusi DUN selain dua kerusi parlimen termasuk satu dimenangi pada pilihan raya kecil pada 17 Jan 2009.
Topic Berkaitan
#Datuk Tengku Putera Tengku Awang
#DUN
#PRU13
#SPR
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan