KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini meluahkan rasa sedih terhadap sikap segelintir Ahli Parlimen yang disifatkannya tidak menghormati Bentara yang menjalankan tugas semasa berlaku kekecohan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Kekecohan melibatkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang, kebanyakannya dari Sabah itu berikutan dewan menolak usul tuntutan kumpulan Sulu terhadap Sabah dan ekoran kekecohan itu Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) diarah keluar dan digantung daripada menghadiri dewan selama dua hari.
Ekoran penggantungan itu, Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) hari ini bangun bertanyakan mengenai status penggantungan Isnaraissah Munirah sama ada ditarik balik atau masih kekal.
Azhar berkata penggantungan itu masih berkuat kuasa kerana Ahli Parlimen berkenaan tidak mematuhi syarat Timbalan Yang Dipertua Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk duduk dan menerima keputusan berhubung usul itu.
"Saya amat sedih semalam. Saya tengok Bentara, dua orang muda-mudi kita yang bekerja di Parlimen, berdiri 40 minit dekat situ, tidak dihormati langsung.
"Tak hormat saya tidak mengapa, saya Speaker (Yang Dipertua), I boleh terima. Itu hidup saya dan tugas saya, tapi hormatlah muda-mudi kita yang bekerja sebagai Bentara. Mereka bekerja sahaja, berdiri dekat situ tanpa dihormati.
"Apa signal yang kita cuba tunjuk kepada rakyat semua? Saya amat sedih...rakyat bukan tengok saya saja, rakyat tengok semua... Saya selalu bagi kelonggaran, saya bertolar ansur, hendak cakap saya bagi cakap. Tapi lunas-lunas adab kita janganlah kita tinggalkan, tidak elok," katanya.
Beberapa Ahli Parlimen daripada blok pembangkang bangun dan cuba mencelah ketika Azhar meluahkan rasa kesalnya itu tetapi semua mereka tidak diberi laluan dan diarah duduk.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu turut merujuk kepada Cokmar Diraja yang terletak di hadapan beliau dan semua Ahli Parlimen yang menjadi simbol kuasa Diraja dan Parlimen.
"Cokmar Diraja berada di depan ni. Kepada siapakah yang kita tidak hormati semalam. Apakah signifikasinya Cokmar Diraja berada di depan ni," katanya.
Cokmar Diraja itu adalah satu alat kebesaran yang dikurniakan oleh Raja-raja Melayu yang menjadi simbol kuasa Diraja dan seterusnya kuasa Parlimen. Tanpa cokmar itu, tiada keabsahan bagi kedua-dua Dewan dan persidangan tidak dapat dijalankan.
Azhar turut menegur Ahli-ahli Parlimen yang kerap merujuk kepada buku Amalan Parlimen oleh Erskine May untuk membenarkan tindakan yang terarah kepada kepentingan mereka, namun apabila beliau membuat peraturan berlandaskan buku amalan itu, ia tidak dapat diterima oleh Ahli Parlimen.
"Bila saya buat peraturan, kita ikutlah peraturan itu. Ada alternatif, ada prosedurnya. Kalau nak disemak, saya akan usul untuk disemak. Jangan kita buat kecoh sebegitu," katanya.
Semalam, keengganan Isnaraissah Munirah untuk duduk dan menerima keputusan Speaker berhubung penolakan usulnya menyebabkan Mohd Rashid yang menggantikan Azhar mengarahkan Bentara mengiringi Ahli Parlimen Kota Belud itu keluar dewan.
Isnaraissah Munirah tidak keluar dan beliau yang dikelilingi wakil rakyat pembangkang dari Sabah tetap bersuara meminta usul itu dibahas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu turut merujuk kepada Cokmar Diraja yang terletak di hadapan beliau dan semua Ahli Parlimen yang menjadi simbol kuasa Diraja dan Parlimen. - Gambar/ Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Speaker Dewan Rakyat panggil KSU setiap kementerian lihat akta lapuk
Langkah itu perlu bagi membincangkan undang-undang yang tidak lagi relevan atau sesuai dengan era digital dan perlu ditambah baik agar seiring dengan peredaran masa.
Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.
Yael Braun-Pivet dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat Perancis
Ahli parlimen Perancis telah memilih Yael Braun-Pivet, sebagai Speaker Dewan Rakyat untuk penggal kedua pada Khamis.
Parlimen bebas dari dipengaruhi kerajaan - Khaled Nordin
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat kekalkan enam Ahli Parlimen Bersatu bersifat peribadi.
Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.
Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Azhar
Tempoh 21 hari itu bermula apabila Speker menerima notis berhubung pengguguran keahlian parti terhadap mana-mana Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.
Speaker Dewan Rakyat akan pastikan laporan projek LCS dibahas di Parlimen
Johari berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen.
Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.