awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/04/2019
04:51 MYT
SPM: Dulu 6 mata pelajaran wajib, sekarang BM sahaja tapi ...
Teo berkata keputusan ini perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan. - Gambar hiasan
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada kali pertama atau ulangan layak untuk mengambil satu mata pelajaran, iaitu Bahasa Malaysia.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata ia perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM).
“Memang setakat ini kita mewajibkan untuk pendaftaran kali pertama pelajar yang menduduki SPM untuk mengambil enam mata pelajaran, tetapi setakat ini memang boleh mendapat kelulusan kalau membuat permohonan kepada LPM untuk mengambil satu mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia.
“(Perkara) ini memang dalam sistem sekarang telah diizinkan. Saya rasa hairan kenapa seorang mantan menteri tidak tahu bahawa sekarang LPM memang boleh mengizinkan seseorang untuk mengambil satu mata pelajaran sama ada SPM atau SPM ulang pada bulan Julai tapi perlu dpt kelulusan daripada LPM,” katanya membidas soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di Dewan Rakyat hari ini.
Ka Siong yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan dalam soalan tambahannya menegaskan SPM bukanlah peperiksaan terbuka kerana pelajar kali pertama masih wajib mengambil enam mata pelajaran bagi melayakkan mereka menduduki peperiksaan itu.
“Speaker, saya minta (jawapan) itu ditarik balik kerana itu bukan sesuatu yang dinyatakan oleh LPM. (Timbalan Menteri) tidak boleh cakap macam itu,” bidas Ka Siong.
Namun, Nie Ching menegaskan jawapan yang disebut beliau itu disediakan oleh LPM.
Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanya sama ada mereka yang mengambil satu mata pelajaran, Bahasa Malaysia layak untuk menerima sijil SPM, Nie Ching tidak menjawab soalan itu.
Mengulas lanjut di lobi Parlimen, beliau berkata perkara itu dirujuk semula kepada LPM.
Ini subjek-subjek SPM yang wajib. Antaranya ialah:
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris / GCE O Level English Pendidikan Islam – Untuk pelajar beragama Islam Pendidikan Moral – Untuk pelajar bukan Islam Sejarah Mathematics / Matematik Science / Sains – (Untuk Aliran Sastera, Perdagangan dan Kesenian sahaja) Subjek Sampingan
* Aliran Sains Tulen
Additional Mathematics / Matematik Tambahan Physics / Fizik Chemistry / Kimia Biology / Biologi English for Science and Technology Aliran Sains Tulen Agama
Additional Mathematics / Matematik Tambahan Physics / Fizik Chemistry / Kimia Biology / Biologi English for Science and Technology Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Tasawwur Islam (Gambaran Islam) Bahasa Arab Tinggi Aliran Sains Kemanusiaan
Additional Maths / Matematik tambahan Physics / Fizik Chemistry / Kimia Biology / Biologi English for Science and Technology Prinsip Perakaunan Ekonomi Asas Perdagangan Geografi Aliran Iktisas
Additional Mathematics / Matematik Tambahan Science / Sains Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Pendidikan Syariah Islamiah Tasawwur Islam (Gambaran Islam) Prinsip Perakaunan Ekonomi Asas Perdagangan Bahasa Arab Tinggi Aliran Perdagangan
Additional Mathematics / Matematik Tambahan Additional Science / Sains Tambahan Prinsip Perakaunan Ekonomi Asas Perdagangan Aliran Kesusasteraan dan Kesenian
Additional Science / Sains Tambahan Geografi Kesusasteraan Melayu Literature in English Kesusasteraan Cina Kesusasteraan Tamil Pendidikan Seni Visual Ekonomi Rumah Tangga Pendidikan Muzik Mata Pelajaran Tambahan
Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Komunikasi Bahasa Punjabi Bahasa Perancis Bahasa Iban Pengetahuan Sains Sukan Sains Pertanian Mata pelajaran Teknikal Reka Cipta Teknologi Maklumat
Topic Berkaitan
#Bahasa Malaysia
#Berita Nasional
#calon
#Dewan Rakyat
#Lembaga Peperiksaan Malaysia
#Mohd Shahar Abdullah
#Parlimen
#pelajar
#pendidikan
#peperiksaan
#Sijil Pelajaran Malaysia
#SPM
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan