SHAH ALAM: Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) berharap negara-negara lain turut mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sama seperti dilakukan Afrika Selatan.
Jurucakapnya, Maria Chin Abdullah turut berharap mahkamah akan bertindak segera dan adil untuk mengakhiri genosid oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang terjajah.
"Kami kagum dengan tindakan yang diambil Afrika Selatan untuk menghentikan tindakan genosid Israel di Gaza yang sangat tepat pada masanya dan satu langkah ke arah memastikan akauntabiliti serta keadilan kepada negara Palestin yang dilanda pembunuhan kejam.
"Semua pihak tidak boleh lagi berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa ketika pembunuhan beramai-ramai, pengusiran penduduk, kematian kanak-kanak serta kebuluran terlihat secara langsung di hadapan kita. Israel telah melampaui batas akal budi kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan.
Afrika Selatan pada 29 Disember lalu memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.
Menurut kerajaan tersebut, tindakan Israel itu sebagai genosid dan perbuatan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza.
Menurut Maria, pihaknya mengagumi ketegasan dan keberanian Afrika Selatan dalam mempertahankan hak dan nilai kemanusiaan.
"Kami percaya tindakan mulia ini membuatkan rakyat Republik Afrika Selatan berdiri bangga di peringkat antarabangsa.
"Kami melihat prosiding undang-undang yang diambil oleh Afrika Selatan ini dengan penuh hormat dan pengharapan," katanya.
Setakat Isnin, jumlah kematian telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 22,835 rakyat Palestin, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza dan sejumlah 58,416 dilaporkan cedera. Hampir dari 70 peratus dari jumlah korban adalah wanita dan kanak-kanak.
Afrika Selatan akan membentangkan prosidingnya kepada ICJ pada 11 Januari ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 11 2024

Maria berkata, pihaknya mengagumi ketegasan dan keberanian Afrika Selatan dalam mempertahankan hak dan nilai kemanusiaan. - Foto Sinar Harian

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.
Anwar adakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba
Anwar menyatakan kedua-dua pemimpin itu berbicara dan bertukar pandangan mengenai sinergi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan dan perdagangan, ASEAN, BRICS serta situasi di Gaza.
LRA Bukit Temoh kini beroperasi dengan kapasiti 75 peratus - Lembaga Air Perak
Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke loji itu, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Lima sekeluarga rentung: 'Kita semua pinjaman' - Wan Azizah titip kata semangat buat Muhammad Khairuddin
Wan Azizah turut memberikan kata-kata semangat dan meminta Muhammad Khairuddin supaya tabah dan redha dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.
AWANI Ringkas: Penyumbang KDNK 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPP harap negara lain turut bawa kes Israel ke ICJ
Maria turut berharap mahkamah akan bertindak segera dan adil mengakhiri genosid oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang terjajah.

SM Faisal gagal jadi pencelah dalam semakan kehakiman Maria Chin
Ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin gagal dalam permohonannya untuk menjadi pencelah dalam semakan kehakiman oleh bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah.

Kebenaran cabar prosiding komital Mahkamah Tinggi Syariah: AGC kemuka rayuan
AGC memfailkan notis itu di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept lepas kerana tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi.

Jamal Yunos gagal dapat kebenaran merayu untuk ketepi keputusan didapati memfitnah Maria Chin
Panel tiga hakim menolak permohonan Jamal, mengatakan bahawa mahkamah tertinggi itu tidak bersetuju dengan hujah peguam V. Mugunthan bahawa kebenaran merayu didengar atas meritnya.

Kaukus Parlimen Demokrasi Pelbagai Parti ditubuhkan
Selain Azalina, Kaukus Parlimen Demokrasi Pelbagai Parti turut bersetuju melantik Maria Chin Abdullah sebagai Penganjur Bersama.

Mahkamah Rayuan tolak rayuan Jamal ketepikan keputusan didapati memfitnah Maria Chin
Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Literasi digital dan pendidikan golongan B40 tidak terabai
Makmal komputer itu turut dilengkapi peranti pembelajaran DuckiePi yang dibangunkan para pelajar di bawah projek Taylor's Me.reka Makerspace (TMM) melalui ekosistem Taylorsphere.

Penubuhan Majlis Media Malaysia perlu pertimbangan mendalam - Annuar Musa
Pertimbangan itu merangkumi mengenal pasti impak pelaksanaannya kepada keselamatan, keharmonian dan kedaulatan negara.

Isu perarakan: 20 Ahli Parlimen selesai beri keterangan - Polis
Ia berhubung isu perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen pada Isnin lepas.

Undi18: 'Persoalan ini patut dijawab di Parlimen, bukan balai polis' - Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa pihak pembangkang mempunyai banyak persoalan yang ingin ditanyakan kepada Menteri Undang-Undang, Datuk Takiyuddin Hassan