awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR: Celup jari dalam dakwat cepatkan proses undi

Bernama
Bernama
24/07/2013
03:06 MYT
SPR: Celup jari dalam dakwat cepatkan proses undi
Kaedah mencelup jari ke dalam dakwat kekal yang diperkenalkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini mempercepatkan proses pengundian berbanding kaedah mencalit pada kuku sebelum ini.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang melakukan tinjauan ke pusat-pusat pengundian di Kuala Besut di sini, berkata kaedah mencelup jari itu juga membantu kelancaran proses pengundian.
"Proses pengundian lebih cepat kerana sebuah buku yang mengandungi 50 kertas undi boleh dihabiskan dalam masa 40 minit, iaitu kurang dari seminit untuk seorang pengundi," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Peroi di sini.
Beliau kemudian meninjau pusat pengundian di SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri. Wan Ahmad berkata kelancaran proses mencelup itu juga disebabkan kecekapan petugas SPR yang kini lebih berhati-hati dalam mengendalikan dakwat berkenaan.
"Pengundi juga faham bagaimana proses mencelup dilakukan hasil hebahan yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Pada 18 Julai lalu, satu simulasi proses pengundian dan cara mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal diadakan di Pejabat Daerah Besut di sini.
Topic Berkaitan
#celup jari
#Datuk Wan Ahmad Wan Omar
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan