awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR perlu perjelas masalah kekangan pelaksanaan Undi18 - Saifuddin

Bernama
Bernama
27/03/2021
14:46 MYT
SPR perlu perjelas masalah kekangan pelaksanaan Undi18 - Saifuddin
Saifuddin berkata sekiranya SPR menghadapi masalah teknikal, ia harus dijelaskan. - Astro AWANI
KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu tampil menjelaskan kekangan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun yang ditangguhkan bermula Julai ini ke September tahun depan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata sekiranya SPR menghadapi masalah teknikal, ia harus dijelaskan.
Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata demikian selepas menghadiri Program Erat Kasih Bersama Penduduk Balok Makmur di Masjid Balok Makmur, di sini hari ini, yang melibatkan pemberian sumbangan bantuan kebajikan kepada 64 ketua keluarga B40 sekitar Balok.
Kelmarin, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata pelaksanaan tersebut dijangka hanya mampu dilakukan selepas 1 Sept tahun depan susulan, antaranya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjejaskan perancangan dan persiapan suruhanjaya itu.
Terdahulu pada majlis itu, Saifuddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang turut menyerahkan tablet kepada 60 pelajar dan sumbangan RM100,000 untuk menaik taraf dan pembesaran Masjid Balik Makmur.
Beliau juga memaklumkan Pejabat Parlimen Indera Mahkota menghulurkan bantuan segera kepada 100 rumah di sekitar Balok, Pelindung, Sungai Karang dan Batu Hitam yang dibadai ribut pada 23 dan 24 Mac lalu termasuk menyewakan inap desa kepada mangsa yang kehilangan rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PKP
#pelajar
#pilihan raya
#Parlimen
#Undi18
#undi 18 tahun
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan