awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR saran bakal calon PRK Kemaman isi borang, buat semakan awal sebelum hari penamaan

Bernama
Bernama
16/11/2023
16:11 MYT
SPR saran bakal calon PRK Kemaman isi borang, buat semakan awal sebelum hari penamaan
Ikmalrudin juga menyarankan pembayaran deposit dibuat lebih awal dan resit pembayaran dibawa ke PPC di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada hari berkenaan. - Gambar fail/Bernama
CHUKAI: Semua bakal calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu bagi memastikan kelancaran proses pada penamaan Sabtu ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak juga menyarankan agar pembayaran deposit dibuat lebih awal dan resit pembayaran dibawa ke Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada hari berkenaan.
"Bagi bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti diwakili apabila membuat penyerahan Kertas Penamaan Calon," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
SPR menetapkan hari mengundi pada 2 Dis manakala 28 Nov ini sebagai pengundian awal.
Ikmalrudin turut mengingatkan bahawa hanya seorang pencadang dan seorang penyokong dibenarkan mengiringi setiap calon untuk memasuki PPC manakala penyokong lain dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang ditetapkan.
"Penggunaan semua jenis alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi apa jua jenis kenderaan juga tidak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.
Beliau menyeru kesemua calon dan parti politik yang terlibat dalam PRK itu agar mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan dikeluarkan SPR, Polis Diraja Malaysia serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kesemua calon, katanya, adalah tertakluk kepada undang-undang kecil PBT bagi urusan mempamer dan mengedarkan bahan kempen yang mengandungi gambar calon, lambang, simbol parti serta gambar pemimpin parti gabungan atau komponen diwakili mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#surat kebenaran
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#calon PAS
#kertas penamaan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan