awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spring Festival Gala 2025 dianjurkan Kedutaan China, UM hanya jadi lokasi sambutan

Bernama
Bernama
21/01/2025
23:15 MYT
Spring Festival Gala 2025 dianjurkan Kedutaan China, UM hanya jadi lokasi sambutan
UM berkata, ia turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar. - Foto Facebook/Universiti Malaya
KUALA LUMPUR: Acara sambutan Tahun Baharu Cina yang dinamakan sebagai Spring Festival Gala 2025 bukan di bawah penganjuran Universiti Malaya (UM), sebaliknya ia dianjurkan Kedutaan Besar Negara China yang dikendalikan oleh beberapa persatuan pelajar warganegara China.
UM dalam kenyataan semalam memaklumkan universiti berkenaan hanya menjadi lokasi acara sambutan itu diadakan.
"Lanjutan daripada perkara ini, apabila pihak penganjur merancang untuk memainkan lagu kebangsaan negara berkenaan, UM telah meminta penganjur untuk turut memainkan lagu Negaraku seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.
"Selaku universiti awam yang tertua di negara ini, UM sentiasa menjunjung kedaulatan negara dengan menerapkan nilai patriotik dalam semua aktiviti universiti," menurut kenyataan itu, yang dikeluarkan bagi menjelaskan isu yang timbul semasa festival berkenaan.
Pada masa sama, UM memaklumkan turut menyambut dasar pengantarabangsaan yang disarankan oleh kerajaan dengan menyantuni dan meraikan pelajar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Spring Festival Gala 2025
#Tahun Baharu Cina
#universiti malaya
#dasar pengantarabangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan