Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan bekas timbalan presiden Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) berhubung dakwaan kes penyelewengan dana pada pilihanraya kecil Parlimen Rompin pada 2015.
Menurut jurucakap SPRM, wanita berumur 69 tahun itu tiba di pejabat SPRM pada pukul 1 tengah hari untuk kenyataannya direkodkan berhubung dakwaan penyalahgunaan dana berjumlah RM223,000, sebelum dibenarkan pulang kira-kira 5 petang hari ini.
Sebelum ini, seorang pengarah kanan Yapeim berumur 47 tahun ditahan reman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pecah amanah.
Pengarah berumur 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.
Menurut sumber SPRM, suspek disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri dan bersubahat dengan bekas timbalan presiden Yapeim bagi menyeleweng wang dana yayasan itu berjumlah RM223,000.
Beliau berkata wang itu kononnya akan diperuntukkan untuk sebuah program sumbangan kepada golongan miskin di daerah Rompin pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2017
Pengarah berumur 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Bekas pembantu tadbir didakwa lakukan pengubahan wang haram, pecah amanah RM15 juta
Seorang bekas pembantu tadbir kewangan di JKM Sarawak didakwa di Mahkamah Sesyen atas 31 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM15 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Februari 2024.
Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa lebih 100 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram
Dua pegawai pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), mengaku tidak bersalah pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes seleweng wang zakat MAIPk
Pasangan suami isteri yang ditahan kerana disyaki menyeleweng kutipan zakat MAIPk berjumlah RM9.62 juta, direman tujuh hari.
Wanita dipenjara 24 tahun seleweng wang syarikat lebih RM680,000
Tan Siau Ling, 43, mengaku bersalah terhadap kesalahan itu dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Kerani syarikat penguji emas didakwa pecah amanah RM445,815
Seorang kerani di sebuah syarikat penguji emas menghadapi 133 pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah keseluruhan RM445,815.
Ibu tunggal didakwa 29 pertuduhan pecah amanah
Tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran telah secara curang melakukan pecah amanah wang keseluruhan berjumlah lebih RM350,000.
Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.
Nak jadi pemimpin terbaik, harus jadi 'whiter than white' - Syed Saddiq
Frasa 'whiter than white' merujuk kepada gambaran seseorang yang sentiasa jujur dan bermoral, dan biasa digunakan jika terdapat keraguan tentang watak atau tingkah lakunya.