awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2024
10:46 MYT
SPRM bawa keluar 3 kotak berisi dokumen dari pejabat HRD Corp
Sekumpulan anggota penyiasat SPRM membawa keluar tiga kotak dipercayai berisi dokumen dari bangunan HRD Corp di Jalan Beringin, Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memasuki pejabat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) di Jalan Beringin, di sini, bagi menyiasat pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024, dilihat membawa keluar tiga kotak besar.
Semua kotak itu dipercayai mengandungi dokumen yang berkaitan pendedahan LKAN.
Pasukan SPRM berkenaan meluangkan masa lebih enam jam di dalam bangunan terbabit sejak jam 11.30 pagi sehingga jam 5.45 petang.
BACA: SPRM mula siasatan, 'kunjungi' pejabat HRD Corp, Kesuma untuk teliti dokumen
Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan kehadiran kumpulan penyiasat di pejabat HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) hari ini bagi mendapatkan dokumen berkaitan untuk tujuan siasatan.
"SPRM telah hadir di Kesuma dan HRD Corp untuk mendapatkan dokumen-dokumen untuk siasatan pada tengah hari ini.
"Fokus siasatan tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sabtu lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, dilaporkan berkata pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung isu HRD Corp seperti yang didedahkan dalam LKAN 2/2024.
Sebelum ini, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit berkenaan.
Topic Berkaitan
#HRD Corp
#SPRM
#siasatan sprm
#LKAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan