awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM berkeras mahu dakwa saya esok - Isteri Daim Zainuddin

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2024
14:03 MYT
SPRM berkeras mahu dakwa saya esok - Isteri Daim Zainuddin
Na'imah meminta untuk didakwa pada Rabu selepas selesai prosedur perubatan yang akan dijalani Daim. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memaklumkan beliau telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwanya pada Rabu dan bukannya esok, tetapi permintaan itu ditolak.
Beliau meminta untuk didakwa pada Rabu selepas selesai prosedur perubatan yang akan dijalani Daim.
“Tetapi ini ditolak. Mereka berkeras mahu mendakwa saya esok.
"Saya akan melawan pertuduhan ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Naimah juga berkata sepasukan pegawai dari SPRM telah menuntut agar beliau merekodkan keterangannya di hospital di mana Daim dirawat, walaupun sudah mengambil keterangannya pada 10 Januari lalu.
"Walhal saya telah memberi jaminan bahawa saya akan memberi mereka kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami saya selesai pada Selasa," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan Na'imah akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa berkait Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Difahamkan, bekas peguam negara, Yusof Zainal Abiden akan mewakili Naimah.
Pada 10 Januari lalu, Naimah bersama dua anak Daim hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya.
Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan, Naimah mendakwa suami iaitu Tun Daim yang juga ahli perniagaan dianiaya atas kejayaannya.
Dia menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah merahsiakan memiliki aset di luar negara yang didakwa hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan sebelum pembabitan Daim dalam politik.
SPRM sedang menyiasat Daim berhubung pendedahan kekayaannya dalam kebocoran rekod kewangan antarabangsa yang dikenali sebagai kertas pandora.
Topic Berkaitan
#Na'imah Abdul Khalid
#Daim Zainuddin
#SPRM
#prosedur perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan