awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka kertas siasatan projek tambak laut di Melaka

Bernama
Bernama
13/10/2021
14:54 MYT
SPRM buka kertas siasatan projek tambak laut di Melaka
SPRM dalam kenyataan memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuka satu kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan.
"Aduan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM akan dikepilkan dalam kertas siasatan berkenaan dan SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Lokman berkata pihaknya ada menerima maklumat terdapat individu menerima rasuah untuk mempengaruhi kerajaan berkenaan bagi dianugerahkan projek terbabit.
"SPRM perlu melaksanakan siasatan segera memastikan nama baik UMNO dapat diselamatkan sebelum individu berkenaan dinamakan sebagai calon pilihan raya ...serta menjejaskan kemenangan calon-calon UMNO lain yang bersih," katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#SPRM
#projek tambak pasir
#Lokman Noor Adam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan