awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka kertas siasatan terhadap bekas menteri, disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2025
09:44 MYT
SPRM buka kertas siasatan terhadap bekas menteri, disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
Sumber itu berkata seramai 16 saksi, terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat, telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap seorang bekas menteri yang disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini.
Siasatan itu dipercayai berkaitan projek papan iklan dan urusan pemindahan tanah di ibu negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pada Isnin memberitahu, siasatan ke atas figura politik itu dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
"Bagaimanapun setakat ini tiada sebarang sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Sementara itu, sumber memberitahu, bekas menteri itu sudah dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan yang kini berada pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.
“Bagi kes pemindahan tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau dipindah milik kepada sebuah syarikat proksi,” kata sumber itu lagi.
Sumber itu menambah seramai 16 saksi, terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat, telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 berada dalam radar siasatan SPRM.
Ia susulan dakwaan penyelewengan ketika berkhidmat di sebuah kementerian, membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#bekas Menteri Kabinet
#Rasuah bekas menteri Kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan