awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kastam KLIA buat pusingan kerja semua anggota, perkukuh integriti, budaya kerja
APG 2025: Yusof Hafizi sumbang emas pertama negara
OnePlus dilapor akan ditutup oleh Oppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat

Bernama
Bernama
21/01/2026
03:30 MYT
SPRM dedah sehingga 3,000 kontena e-waste diseludup masuk, siasatan diperhebat
Syarikat-syarikat terlibat dipercayai dimiliki warga asing dan mengimport sisa elektronik, plastik serta kertas untuk tujuan kitar semula. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperhebatkan siasatan berhubung kegiatan pengimportan sisa elektronik (e-waste) secara haram, susulan risikan yang mendedahkan antara 2,000 hingga 3,000 kontena e-waste telah diseludup masuk ke negara ini melalui pelabuhan utama.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata jumlah itu menunjukkan skala sebenar penyeludupan sisa elektronik yang semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan penguatkuasaan menyeluruh.
"Jika tidak dibanteras secara tuntas, ia berpotensi menyebabkan pencemaran serius kepada negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Khusairi berkata syarikat-syarikat terlibat dipercayai dimiliki warga asing dan mengimport sisa elektronik, plastik serta kertas untuk tujuan kitar semula.
"Komponen berharga seperti tembaga, aloi dan emas diambil, manakala baki sisa dilupuskan melalui pembakaran, penanaman atau pembuangan terus sehingga mencemarkan udara dan sumber air," katanya.
Menurut Ahmad Khusairi, SPRM tidak menolak kemungkinan wujud perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu yang sepatutnya menghalang kemasukan sisa berkenaan.
Bagi menangani isu ini, Mesyuarat Petugas Khas Penguatkuasaan E-Waste telah ditubuhkan dengan keanggotaan 12 agensi termasuk SPRM, Agensi Kawalan Penerimaan Sisa (AKPS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Petugas khas itu akan menilai undang-undang sedia ada serta memperketat operasi bagi menutup ruang penyeludupan di semua pintu masuk negara.
"Mesyuarat ini akan meneliti undang-undang khusus berkaitan e-waste dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan lebih berkesan bagi memastikan penyeludupan dibanteras hingga ke akar umbi," katanya.
Ahmad Khusairi menegaskan SPRM memandang serius isu ini dan memberi amaran kepada pihak berkuasa yang terlibat agar segera menghentikan pengimportan e-waste.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#e-waste
#kontena
#import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan