awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM harap lebih banyak Majlis Perundingan Integriti Negeri ditubuhkan

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2015
13:12 MYT
SPRM harap lebih banyak Majlis Perundingan Integriti Negeri ditubuhkan
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Zakaria Jaffar berkata penubuhan majlis seperti itu dapat memperkukuhkan tahap integriti negara secara menyeluruh.
Selepas Terengganu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap agar lebih banyak negeri menubuhkan Majlis Perundingan Integriti Negeri supaya gejala rasuah dapat dihapuskan.
Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar pembentukan majlis seumpama itu akan memperkukuhkan tahap integriti secara menyeluruh selain menjadikan Malaysia bebas rasuah.
Terengganu, pada minggu lalu telah melancarkan Majlis Perundingan Integriti Terengganu (MPINT) dan merupakan satu-satunya negeri yang menubuhkan majlis seperti itu.
"Jadi saya berharap langkah Kerajaan Negeri Terengganu ini akan menjadi model kepada negeri-negeri lain, jadi saya berharap segala program dan sistem Majlis Perundingan Negeri dijalankan dengan baik, boleh dijadikan panduan oleh pihak lain, negeri lain," kata Zakaria dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Katanya, integriti menjadi asas kepada keamanan dan kebahagian sesebuah negara, yang merupakan "tanggungjawab bersama semua pihak dan setiap anggota masyarakat." ‎ "Itu sebab saya percaya langkah yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu sangat baik, beliau cukup bersemangat... Jadi kita perlu jayakan usaha ini agar diikuti pihak lain," kata beliau yang juga salah seorang ahli MPINT. ‎ Majlis itu dilancarkan pada 22 Mac lalu oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman‎ dengan objektif mewujudkan perkhidmatan awam yang telus dan bebas daripada unsur rasuah.
Selain SPRM, tiga wakil luar yang menjadi ahli majlis itu ialah Institut Integriti Malaysia, Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia. ‎ Menurut Ahmad Razif, sebagai permulaan, golongan sasar MPINT ialah wakil rakyat, pegawai kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat. ‎ Katanya, M‎PINT akan memberi penerangan terperinci mengenai tindakan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan rasuah.
Usaha itu ‎j‎uga akan melibatkan kerjasama SPRM yang membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.‎ MPINT dianggotai wakil 16 agensi kerajaan, institusi agama dan persatuan belia. ‎ P‎elancaran MPINT juga disifatkan sebagai tepat pada masanya dan selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu. ‎ Majlis perundingan itu juga berfungsi untuk menasihati kerajaan negeri dalam pelaksanaan integriti dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor awam, swasta dan pertubuhan politik.
Topic Berkaitan
#integriti
#majlis perundingan
#mpint
#SPRM
#terengganu
#Zakaria Jaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan