awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'SPRM, jangan lindungi Guan Eng' - Mahfuz Omar

Astro Awani
Astro Awani
23/03/2016
03:22 MYT
'SPRM, jangan lindungi Guan Eng' - Mahfuz Omar
Mahfuz menyatakan beliau benar-benar ingin tahu bagaimana Guan Eng boleh membeli rumah pada harga tersebut. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia digesa mempercepatkan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah berharga RM2.8 juta yang didakwa di bawah harga pasaran.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan sekiranya hasil siasatan mempunyai bukti kukuh, SPRM perlu mencadangkan kepada Peguam Negara supaya mengambil tindakan pendakwaan ke atas Guan Eng.
Dalam satu kenyataan, Mahfuz menyatakan beliau benar-benar ingin tahu bagaimana Guan Eng boleh membeli rumah pada harga tersebut.
"Saya juga hendak tahu adakah benar dan bagaimana Guan Eng boleh membeli rumah tersebut di bawah harga pasaran? Saya menggesa SPRM menyiasat apakah ada timbal balas daripada jual beli ini?," jelas Mahfuz.
Tegasnya lagi, SPRM tidak sepatutnya dilihat melindungi pelaku rasuah, hanya kerana mereka mempunyai kedudukan dan kuasa.
Astro AWANI
Banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa dibeli di bawah nilaian harga pasaran. - Gambar Astro AWANI
Ini kerana ia seolah-olah memberi gambaran undang-undang Malaysia melindungi mereka yang berkuasa dan menghukum rakyat biasa.
BACA: Guan Eng pertahan transaksi pembelian hartanahnya
BACA: Isu rumah Guan Eng: Kit Siang alu-alukan siasatan SPRM terhadap anaknya
"Jangan lindungi Guan Eng, jika cukup bukti dakwa mereka dan jika sabit kesalahan hukuman yang setimpal perlu dikenakan," tegas Mahfuz.
SPRM juga menurut beliau tidak boleh dilihat menjadi alat kepada mana-mana pihak yang cuba memburukkan seseorang dengan isu rasuah tanpa penjelasan hasil daripada siasatan.
Guan Eng sebelum ini mengalu-alukan siasatan (SPRM) terhadap pembelian banglonya pada harga RM2.8 juta kerana yakin tidak wujud sebarang unsur rasuah dalam proses pembelian itu, Guan Eng turut menggesa SPRM untuk menyegerakan siasatan.
Topic Berkaitan
#Mahfuz Omar
#SPRM digesa percepatkan siasatan ke atas Lim Guan Eng berhubung isu pembelian rumah banglonya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan