KUALA LUMPUR: Kerjasama erat Pasukan Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akhirnya berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang.
Sumber memberitahu, sindiket itu dipercayai didalangi seorang lelaki warga asing yang beribu pejabat di luar negara dan telah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu.
Dalam operasi khas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur baru-baru ini, pasukan khas yang diketuai SPRM telah menahan 19 buah lori kontena kerana disyaki membawa barangan lari cukai pelbagai jenis, yang diseludup keluar tanpa melalui pemeriksaan.
Menurut sumber itu lagi, siasatan awal mendapati sindiket tersebut memiliki lebih 10 syarikat forwarding yang digunakan bagi menyeludup barang-barang import dengan membuat pengisytiharan cukai palsu.
"Hasil risikan yang dijalankan lebih dari tiga bulan mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan menggunakan pelbagai syarikat forwarding yang didaftarkan atas nama-nama individu yang tidak tahu menahu mengenai urusan import serta eksport berkenaan.
"Ianya bertujuan bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain bagi membolehkan ahli-ahli sindiket ini terlepas dari sebarang tindakan dengan alasan tiada kaitan dengan syarikat-syarikat berkenaan," katanya.
Sumber itu memaklumkan, sindiket tersebut menguruskan lebih kurang 3,000 kontena sebulan, dan hasil ketirisan cukai bagi tempoh 10 tahun beroperasi dianggarkan sebanyak RM3.5 billion berdasarkan cukai minima RM7,000 bagi setiap kontena.
Katanaya lagi, bagi mengelak dikenakan cukai, sindiket itu membuat pengisytiharan palsu menggunakan borang Kastam 9 (untuk tujuan pecah kecil pukal) dengan mengisytihar barangan tidak bercukai seperti 'wheel chair' dan barangan perubatan.
Hasil risikan juga mendedahkan, ‘kontena terbang’ itu akan memasuki Gudang Berlesen Awam (GBA) Pelabuhan Utara dalam tempoh 10 hingga 15 minit, bagi mengaburi mata pihak berkuasa sedangkan kontena-kontena berkenaan tidak melalui proses pemeriksaan kastam dan seterusnya akan terus keluar dari pelabuhan untuk diedarkan ke seluruh negara.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan SPRM telah mengemukakan permohonan reman terhadap dua individu di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini, dan mahkamah telah membenarkan tahanan reman selama 4 hari mulai hari ini hingga 8 Jun 2024.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pengubahan Wang Haram, Akta Kastam 1967 dan Akta di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri.
"SPRM amat mengalu-alukan kerjasama daripada Ketua Pengarah JKDM atas kerjasama yang diberikan serta berharap ketua-ketua jabatan mengambil langkah seumpama ini untuk mengekang isu-isu rasuah dan ketirisan di agensi masing-masing.
"Kami telah mengenal pasti identiti semua pihak termasuk dalang utama yang dipercayai berada di luar negara, pemilik syarikat, agen-agen forwarding serta pegawai-pegawai kastam yang bersekongkol dengan sindiket ini dan akan menahan mereka dalam masa terdekat.
"SPRM juga akan memohon bantuan agensi negara luar bagi membantu mendapatkan maklumat mengenai akaun-akaun milik dalang utama ini agar tindakan yang bersesuaian dapat diambil," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan SPRM telah berjaya membongkar sindiket penyeludupan dan lari cukai di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang yang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Firdaus Azil
Wed Jun 05 2024
Menurut sumber, siasatan awal mendapati sindiket tersebut memiliki lebih 10 syarikat forwarding yang digunakan bagi menyeludup barang-barang import dengan membuat pengisytiharan cukai palsu. - Gambar SPRM
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Pemilihan AGM: Presiden Paralimpik lapor SPRM, dakwa wujud elemen rasuah
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin hari ini membuat laporan kepada SPRM yang mendakwa wujudnya eleman rasuah dalam pemilihan AJK badan itu.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Seorang lagi individu bergelar Datuk ditahan kes rasuah projek pembinaan RM250 juta di Sarawak
SPRM menahan reman seorang lagi individu bergelar Datuk yang disyaki terlibat dalam kes rasuah sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan di Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Bekas pengarah eksekutif agensi Pulau Pinang direman, rasuah pembelian pedati emas
SPRM Pulau Pinang mereman bekas pengarah eksekutif sebuah agensi kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan RM300,000 melibatkan pembelian pedati emas.
Kecekapan SPRM bawa kejayaan kepada tangkapan taikun Singapura - Azam Baki
Setelah hampir dua dekad melarikan diri, seorang taikun warga Singapura yang terlibat dalam kes penyelewengan AS$51 juta (RM227 juta) akhirnya berjaya ditangkap bersama isterinya di Johor, semalam.
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.