awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Kelantan tahan dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu

Bernama
Bernama
01/11/2023
11:45 MYT
SPRM Kelantan tahan dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 28(1)(C) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini menahan dua penjawat awam kerana disyaki mengemukakan tiga tuntutan yang mengandungi butiran palsu berkaitan pembekalan peralatan sebuah sekolah berjumlah kira-kira RM18,000.
Menurut sumber, suspek pertama seorang lelaki ditahan kira-kira 9 pagi tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kelantan, manakala suspek kedua seorang wanita pula ditahan di rumahnya kira-kira pukul 1 tengah hari.
"Kedua-dua suspek berumur dalam lingkungan 50-an itu dipercayai membuat tuntutan palsu pada 2019 sedangkan tiada pembekalan dibuat.
"Suspek lelaki yang juga pemilik sebuah syarikat dipercayai bersubahat bersama suspek wanita mengemukakan tiga tuntutan palsu kepada pihak sekolah terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 28(1)(C) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Kelantan
#tuntutan palsu
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan