awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, KPK Indonesia pererat kerjasama dalam pertemuan dua hala

Bernama
Bernama
29/04/2025
22:00 MYT
SPRM, KPK Indonesia pererat kerjasama dalam pertemuan dua hala
Delegasi SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya (kiri) manakala delegasi KPK Indonesia diketuai Wakil Ketua KPK Agus Joko Pramono. - Facebook SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan pertemuan bilateral bersama Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia di Jakarta baru-baru ini, bagi memperkukuh hubungan dua hala antara dua pihak.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan dalam pertemuan yang diadakan sempena kunjungan SPRM ke KPK pada 22 hingga 24 April itu, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan serta merangka strategi untuk mengerat kerjasama, khususnya dalam sektor operasi yang melibatkan perkongsian data, maklumat dan amalan terbaik antara agensi.
Delegasi SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, manakala delegasi KPK diketuai Wakil Ketua KPK Agus Joko Pramono.
Kenyataan itu memaklumkan semasa pertemuan itu, Ahmad Khusairi menekankan kerjasama dua hala ini penting dalam usaha membanteras rasuah rentas sempadan, khususnya membabitkan pelbagai perkara termasuk pertukaran maklumat.
"Delegasi SPRM dan KPK secara dasarnya bersetuju bahawa kerjasama ini perlu diadakan secara berterusan dan konsisten, dalam usaha menangani jenayah rasuah masa kini yang semakin kompleks serta merentasi sempadan negara," katanya.
Sementara itu, Agus Joko Pramono turut menegaskan pentingnya kerjasama rentas negara agar sesuatu kes siasatan dapat dijalankan dengan berkesan, khususnya mengenal pasti modus operandi dan jenayah penggubahan wang haram yang semakin canggih.
Beliau berkata hasil pertemuan itu, delegasi SPRM dan KPK secara dasarnya bersetuju bahawa kerjasama ini perlu diadakan secara berterusan dan konsisten, dalam usaha menangani jenayah rasuah masa kini.
Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM Norhaizam Muhammad, Pengarah Bahagian Analisa Kewangan SPRM Mohd Azwan Ramli, Timbalan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Yuhafiz Mohd Salleh dan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Mohamed Reemos Khan Fajarul Rahman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Ahmad Khusairi Yahaya
#KPK Indonesia
#Agus Joko Pramono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami