awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM mengaku khilaf hantar surat pada PKR

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2019
11:42 MYT
SPRM mengaku khilaf hantar surat pada PKR
Menurut Azam Baki, polisi SPRM hanyalah menghantar laporan salah laku kepada agensi kerajaan dan bukannya parti politik. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui terdapat kekhilafan yang dilakukan oleh Ketua Cawangan Laporan SPRM (LSPRM) menerusi sepucuk surat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menerusi kenyataan media pada Isnin memaklumkan, laporan salah laku hanya akan dihantar kepada agensi dan kementerian kerajaan persekutuan atau negeri sahaja.
"Mengikut garis panduan tatatertib (yang perlu diikuti SPRM) tindakan ini tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik.
"Bukan menjadi polisi kepada SPRM untuk membuat laporan sedemikian kepada mana-mana parti politik berhubung salah laku anggotanya.
"Justeru, SPRM akan menghantar surat pemakluman ini kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib PKR untuk diperjelaskan kekilafan ini agar tidak timbul salah faham pada masa akan datang," katanya.
Sebelum ini PKR menerusi kenyataan medianya telah memecat dua ahli PKR dari Pahang serta-merta setelah dipercayai terlibat dengan kes rasuah dan suapan ketika pemilihan parti itu, pada tahun lepas.
Tindakan itu dibuat selepas Lembaga Disiplin PKR sebelum ini menerima sepucuk surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 23 Okt berkenaan salah laku berkenaan.
BACA: Dua ahli PKR Pahang dipecat, dipercayai terlibat rasuah
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#PKR
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan