awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi ada tawar ganjaran guna dana RM2.6 bilion

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2015
11:12 MYT
SPRM nafi ada tawar ganjaran guna dana RM2.6 bilion
Laporan polis telah dibuat mengenai penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial, memandangkan ia secara langsung menjejaskan nama dan reputasi SPRM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa menafikan pernah menawarkan ganjaran atau pampasan wang RM2.6 billion kepada orang ramai yang komited menentang keganasan.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, satu laporan polis telah dibuat mengenai penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial, memandangkan ia secara langsung menjejaskan nama dan reputasi suruhanjaya itu.
"SPRM menegaskan Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak pernah mengumumkan kenyataan mengenai RM2.6 billion dari akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan sebagai sumbangan untuk dibayar kepada rakyat Malaysia yang komited menentang keganasan'."
Menurut SPRM, maklumat palsu yang disebarkan itu dipercayai dikeluarkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
SPRM dalam kenyataan sama turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat penyebaran maklumat palsu ini.
"Orang ramai yang menerima maklumat dimaksudkan dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dan pada masa yang sama tidak sebarkan atau menghantar mesej terbabit kepada pihak lain."
Topic Berkaitan
#dana RM2.6 bilion
#keganasan
#notis palsu
#SKMM
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan