awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi akan dirombak

Bernama
Bernama
18/08/2018
04:24 MYT
SPRM nafi akan dirombak
SPRM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan sebuah akhbar tempatan kononnya suruhanjaya itu akan dirombak melibatkan pertukaran beberapa pegawai kanan di bahagian siasatan dan perisikan ke agensi lain.
Dalam kenyataan hari ini SPRM menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
"Laporan berkenaan dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana tiada punca yang sahih serta dipercayai hanya berdasarkan maklumat yang ditularkan dan sekadar untuk mensensasikan berita," katanya.
Jelas SPRM laporan itu boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pegawai-pegawai SPRM serta berkemungkinan diputar belit sekali gus mencemarkan imej SPRM dan menimbulkan keraguan masyarakat.
"Sehubungan itu, SPRM memohon agar pihak media mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu daripada SPRM sebelum melaporkan berita kepada umum.
"Tindakan melaporkan berita yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi terlibat," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahagian siasatan dan perisikan
#pertukaran pegawai kanan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan