awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa perlu ambil peranan kawal penggunaan internet anak-anak - Fahmi
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM perluas kempen antirasuah dengan elemen budaya negeri

Bernama
Bernama
26/09/2021
00:41 MYT
SPRM perluas kempen antirasuah dengan elemen budaya negeri
Norazlan (kiri) semasa hadir pada Majlis Pertandingan Akhir Dondang Sayang Hibrid Pantun Bertema Antirasuah di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dekat Ayer Keroh, 25 Sept, 2021. --fotoBERNAMA
MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memasukkan elemen kebudayaan di setiap negeri dalam kempen antirasuah agar ia lebih dekat dengan masyarakat.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Norazlan Mohd Razali berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam merealisasikan kempen kesedaran berkenaan.
"Kita akan melihat kaedah yang kita buat ini... kita akan cuba perluaskan dengan budaya negeri lain pula. Kita mengambil peluang konsep budaya untuk mengetengahkan unsur-unsur antirasuah kepada masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Pertandingan Akhir Dondang Sayang Hibrid Pantun Bertema Antirasuah di Panggung Seri JKKN Melaka di Ayer Keroh di sini semalam.
Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Ketua Pengarah JKKN Mesran Md Yusop.
Norazlan berkata SPRM juga giat menjalankan kempen kesedaran secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19 dalam usaha mendidik masyarakat berkaitan pencegahan rasuah dalam komuniti.
Beliau berkata menerusi langkah berkenaan, ia memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama SPRM di tempat masing-masing tanpa perlu hadir secara fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen antirasuah
#SPRM
#budaya negeri
#Norazlan Mohd Razali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan