Skip to main content

Malaysia

SPRM reman pengarah syarikat disyaki beri rasuah kira-kira RM300,000

PUTRAJAYA, 16 Jan -- Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara agenda reformasi dalam pentadbiran dan undang-undang negara, dengan penekanan terhadap integriti, pencegahan rasuah serta kepentingan perpaduan dan pendidikan dalam membentuk masa depan negara.  Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini menegaskan bahawa usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa
Perintah reman dua hari bermula hari ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. - Gambar hiasan
Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang pengarah syarikat reka bentuk kerana disyaki memberi rasuah kepada seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) sebuah badan berkanun bernilai kira-kira RM300,000 sebagai balasan membantu mendapatkan projek ubah suai di badan berkanun tersebut.

Perintah reman dua hari bermula hari ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan 7.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2014 hingga 2018. Suspek dipercayai telah memberi rasuah dalam bentuk pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO tersebut yang jumlah keseluruhan bernilai kira-kira RM300,000,” menurut sumber.

Penahanan itu susulan daripada siasatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang telah didedahkan kepada umum menerusi portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lepas.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abdul Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement