awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri

Bernama
Bernama
18/12/2024
06:25 MYT
SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Suspek ditahan pada 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.
Menurut sumber, suspek ditahan pada 4.45 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Melaka
"Suspek disiasat berhubung dakwaan meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM375,000 daripada seorang individu bagi mendapatkan gelaran Datuk Seri secara bersindiket," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang terlibat, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, serta hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Permohonan reman terhadap suspek dibuat oleh SPRM di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan perintah reman tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#Datuk Seri
#beli gelaran
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan