awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri

Bernama
Bernama
07/03/2025
12:00 MYT
SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri
Bagaimanapun, sumber SPRM memaklumkan pegawai perubatan itu bukan saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri berkenaan. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.
Bagaimanapun, sumber SPRM memaklumkan pegawai perubatan itu bukan saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.
"Pegawai SPRM telah bercakap dengan doktor berkenaan bermula 4 hingga 5 petang tadi untuk mengetahui tahap sebenar kesihatan dan mengetahui penyakit Ahli Parlimen Bera itu sebelum dipanggil memberi keterangan Khamis depan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber itu berkata setakat ini, seramai 32 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes itu termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Media sebelum ini melaporkan proses rakaman percakapan Ismail Sabri yang dijadualkan pada Rabu lepas ditangguhkan ke hari ini sebelum ditangguhkan sekali lagi ke 13 Mac ini, berikutan beliau masih dalam keadaan kurang sihat.
Bekas Naib Presiden UMNO itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Feb lepas.
Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah 'safe house' susulan serbuan dilakukan pihaknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#UMNO
#pengubahan wang haram
#kurang sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan