Skip to main content

Malaysia

SPRM sertai 14 negara tumpaskan forum kebocoran data "LeakBase"

PUTRAJAYA, 16 Jan -- Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi antara agenda reformasi dalam pentadbiran dan undang-undang negara, dengan penekanan terhadap integriti, pencegahan rasuah serta kepentingan perpaduan dan pendidikan dalam membentuk masa depan negara.  Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini menegaskan bahawa usaha memerangi rasuah dan salah guna kuasa
SPRM memaklumkan, operasi yang menghimpunkan rakan penguatkuasaan antarabangsa itu berjaya menumpaskan infrastruktur jenayah siber yang berkait dengan LeakBase serta melumpuhkan rangkaian pengguna globalnya. - Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bersama agensi penguatkuasaan dari 14 negara, telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan bersepadu, menyasarkan individu-individu yang dikaitkan dengan forum kebocoran data jenayah siber dikenali sebagai LeakBase.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, operasi yang menghimpunkan rakan penguatkuasaan antarabangsa itu berjaya menumpaskan infrastruktur jenayah siber yang berkait dengan LeakBase serta melumpuhkan rangkaian pengguna globalnya.

Advertisement

"Operasi itu melibatkan tangkapan, serbuan rumah serta tindakan ‘knock-and-talk’ merentasi pelbagai bidang kuasa dan telah dianjur serta diselaraskan oleh Europol di ibu pejabatnya di The Hague," menurut SPRM.

Pada Selasa lepas, SPRM menyertai operasi antarabangsa itu bersama agensi penguatkuasaan utama termasuk Federal Bureau of Investigation (FBI), U.S. Department of Justice, National Crime Agency (United Kingdom), Kosovo Police, Police Scotland, Polícia Judiciária (Portugal), Australian Federal Police, Federal Criminal Police Office (Jerman), Policía Nacional (Sepanyol), Federal Police (Belgium) serta Central Cybercrime Bureau (Poland).

Menurut kenyataan itu, sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan Bahagian Operasi Khas SPRM telah melaksanakan waran geledah di sebuah syarikat penyedia pengehosan web, yang terletak di Kuala Lumpur. 

"Pemeriksaan forensik siber mengesahkan bahawa forum LeakBase telah beroperasi secara aktif melalui pelayan yang dihoskan di premis itu, sekali gus membawa kepada penyitaan bahan bukti digital serta penutupan domain forum berkenaan," menurut kenyataan itu.

Forum LeakBase, yang aktif sejak 2021, berfungsi sebagai platform dalam talian untuk memperdagangkan data curi yang digunakan dalam aktiviti jenayah siber. 

Siasatan mendapati platform berkenaan mengandungi sejumlah besar data akses akaun yang telah dikompromi, termasuk gabungan e-mel dan kata laluan yang sering digunakan untuk pengambilalihan akaun, penipuan serta aktiviti jenayah siber lain.

Forum itu mempunyai lebih daripada 142,000 ahli berdaftar dan melebihi 215,000 mesej, dengan arkib pangkalan data yang digodam daripada pelbagai serangan siber berprofil tinggi. 

Pengguna forum berkenaan boleh memperdagangkan maklumat yang dicuri termasuk nombor kad kredit dan debit, maklumat perbankan, nama pengguna, kata laluan serta data sensitif peribadi dan korporat yang lain.

"Penglibatan SPRM dalam operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang peringkat antarabangsa dalam memerangi jenayah siber serta penyalahgunaan data merentasi sempadan.

"Suruhanjaya ini akan terus bekerjasama rapat dengan rakan penguatkuasaan global bagi melindungi ekosistem digital serta memelihara integriti sistem kewangan dan maklumat," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video