awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak

Bernama
Bernama
31/05/2024
21:10 MYT
SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
Sumber SPRM menyatakan, siasatan menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan berhubung proses pelantikan syarikat berkenaan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri.
Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baharu berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.
"Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti, justeru siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.
"Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan kes berkenaan.
"Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi serta membincangkan isu ini secara terbuka, sebaliknya memberi ruang untuk SPRM menjalankan siasatan," kata beliau.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata SPRM tidak menemui sebarang kesalahan dalam siasatan interim (awal) berhubung isu terbabit, bagaimanapun siasatan lanjut boleh dijalankan jika terdapat petunjuk baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#suami menteri
#projek pengangkutan Kerajaan Negeri Selangor
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan