awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat lebih seorang ahli politik naungi judi haram - Azam Baki

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/06/2023
08:03 MYT
SPRM siasat lebih seorang ahli politik naungi judi haram - Azam Baki
Azam berkata siasatan terhadap kes tersebut sedang dijalankan - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lebih daripada seorang ahli politik sedang disiasat oleh Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan kegiatan judi haram dalam talian di negara ini dinaungi ahli politik.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan terhadap kes tersebut sedang dijalankan.
"Kita sedang siasat perkara ini. Laporan (ahli politik lindungi kegiatan judi haram) baru dibuat dalam bulan lepas, jadi kita masih lagi mengumpul maklumat.
"Kita tak boleh dedahkan siapa ahli politik berkenaan, tapi saya boleh sahkan siasatan memang sedang dijalankan. Kalau terbukti, ia adalah satu kesalahan.
"Ada beberapa (ahli politik) dalam kalangan mereka (yang disyaki menaungi kegiatan judi haram), tapi saya tak boleh kata ramai atau tidak kerana nanti dimanipulasi banyak pihak," katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Integriti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Ditanya sama ada ahli politik tersebut daripada pembangkang atau kerajaan, Azam berkata: "Itu pun saya tak boleh nak kata. Ahli politik itu, ahli politiklah."
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan wujud 'naungan politik' yang melindungi pengendali-pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.
Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata 'naungan politik' tersebut disifatkan menjadi kekangan terbesar buat kerajaan, kementerian dan polis dalam membanteras aktiviti berkenaan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Naungan politik judi haram
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan