awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu

Bernama
Bernama
02/11/2023
10:38 MYT
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan. - Gambar hiasan
MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 2.15 petang bagi membantu siasatan atas dakwaan mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan dua kenderaan untuk dilupuskan daripada anak syarikat tersebut dengan harga lebih rendah daripada nilai sebenar.
"Dokumen palsu itu dikemukakan bertujuan untuk mengelirukan Ahli Lembaga syarikat terbabit yang akhirnya memberi faedah kepada bekas CEO tersebut," katanya.
Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Melaka
#bekas CEO
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#anak syarikat kerajaan negeri Melaka
#kemuka dokumen palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan