awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan empat individu termasuk seorang pegawai JPJ Selangor

Bernama
Bernama
29/01/2018
20:29 MYT
SPRM tahan empat individu termasuk seorang pegawai JPJ Selangor
Suspek didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika bekerja di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor pada tahun 2015. - Gambar hiasan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin menahan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor selepas disyaki menerima suapan daripada beberapa buah syarikat pembinaan.
Menurut sumber SPRM, suspek yang berumur 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira 2 petang.
Suspek didakwa melakukan perbuatan tersebut ketika bekerja di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor pada tahun 2015.
"Selain pegawai JPJ itu, SPRM turut menahan tiga lelaki berumur 30, 41 dan 45, antara 2.30 petang dan 4.45 petang tadi, juga di pejabat SPRM Cawangan Klang," kata sumber berkenaan semalam.
Menurut sumber itu lagi, pegawai JPJ terbabit didakwa memperoleh wang suapan secara bulanan antara RM100 dan RM300 daripada dua buah syarikat sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Klang hari ini bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alias Salim
#JPJ
#Mahkamah Majistret Klang
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#suspek
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan