awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan guru besar minta dan terima rasuah RM10,000

Bernama
Bernama
02/05/2023
12:20 MYT
SPRM tahan guru besar minta dan terima rasuah RM10,000
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kluang pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang Guru Besar di sebuah sekolah di Kluang kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM10,000 tahun lepas.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kluang pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
"Difahamkan, lelaki tersebut telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang pengusaha kantin dari sekolah yang sama sebagai dorongan untuk memudahkan urusan tuntutan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Lelaki tersebut itu telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#SPRM
#Rasuah
#sekolah
#RMT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan