awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan lelaki rasuah penguat kuasa untuk lindungi kegiatan judi haram

Bernama
Bernama
21/06/2021
21:01 MYT
SPRM tahan lelaki rasuah penguat kuasa untuk lindungi kegiatan judi haram
Turut dirampas sejumlah wang tunai kira-kira RM40,000 dan sitaan akaun lebih RM300,000 melibatkan empat akaun bank dipercayai hasil daripada kegiatan judi haram. - Foto SPRM Sabah
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguat kuasa sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya, kira-kira 11 pagi semalam.
Difahamkan dua orang suspek wanita masing-masing berusia 23 tahun dan 57 tahun turut ditahan bersama lelaki itu yang juga ketua kumpulan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau yang menjalankan kegiatan judi haram, dipercayai sejak tahun lepas.
Turut dirampas sejumlah wang tunai kira-kira RM40,000 dan sitaan akaun lebih RM300,000 melibatkan empat akaun bank dipercayai hasil daripada kegiatan judi haram.
Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan berkata semua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Beliau berkata beberapa tangkapan susulan berkaitan kes itu akan dijalankan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Tawau
#Rasuah
#haram
#Sabah
#sindiket perjudian
#suspek
#serbuan
#S Karunanithy
#tangkapan
#wang tunai
#judi
#akaun bank
#sita akaun
#penguat kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan