KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa, disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan berjumlah RM4,000 daripada syarikat pengurup wang berlesen, sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat itu.
Menurut sumber suspek lelaki berusia 40-an itu, dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang individu, secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari tahun 2020 sehingga 2021.
"Suspek telah ditahan kira-kira jam 9.00 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan tersebut dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Kinabalu untuk pertuduhan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Menurut sumber suspek lelaki berusia 40-an itu, dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang individu, secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari tahun 2020 sehingga 2021. - Gambar hiasan

Hantar mesej berbaur perkauman wajar dikenakan tindakan tegas - Aaron
Tindakan menghantar mesej berunsur penghinaan dan bersifat perkauman melalui aplikasi penghantaran makanan wajar dikenakan tindakan undang-undang.

Hakim Danish di landasan terbaik sertai Moto3 musim depan - SIC
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli berada di landasan terbaik untuk menyertai Kejuaraan Dunia Moto3 musim depan menerusi kerjasama dengan pasukan MT Helmets.

Perang tarif dijangka berakhir dengan situasi menang-menang walaupun dapat kecaman di seluruh dunia - Ahli ekonomi
Ini kerana 104 daripada 168 negara yang dikenakan tarif awal bulan ini, kini dalam rundingan untuk terma perdagangan yang lebih baik.

Sarawak model perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN - Tiong
Sarawak terus menjadi contoh perpaduan dalam kepelbagaian bagi ASEAN, mencerminkan inti pati Malaysia sebagai negara yang harmoni dan kaya budaya.

Imuniti siber: Strategi baharu Kaspersky untuk perangi jenayah siber
Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mengguna pakai imuniti (kekebalan) siber sebagai pendekatan strategik baharu untuk memerangi jenayah siber.

Peralihan ketara Malaysia: Mengharungi cabaran penting subsidi bersasar
Apabila Malaysia memulakan satu daripada reformasi terbesar dalam rangka kerja ekonominya dalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu subsidi bersasar bagi diesel telah menjadi tumpuan utama.
Filem aksi Superhero ‘Keluang Man’ temui penonton 29 Mei ini
Menerusi treler rasmi yang dilancarkan hari ini, filem ‘live-action’ ini memperkenalkan dunia Keluang Man yang lebih moden, penuh aksi mendebarkan dan visual sinematik berkualiti tinggi.
Tiga termasuk suami isteri ditahan
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan kerana disyaki terlibat melakukan perbuatan khianat dengan api dan simbah cat, dalam satu operasi khas di Kepong dan Bukit Jalil pada 8 dan 9 April lepas.
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Pelancong Malaysia tinggalkan Kashmir paling lewat 25 April - Suruhanjaya Tinggi
Wujud pencerobohan kawasan saluran di Pendang
Kerajaan Negeri Kedah mengesahkan telah menerima laporan berlakunya pencerobohan di dua kawasan saluran paip gas milik Petronas melibatkan daerah Pendang.

Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.

Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Enam lelaki termasuk pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan antara enam lelaki direman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari
Lelaki berumur 30-an itu ditahan pada kira-kira 4 petang semalam di sekitar Pulau Pinang.

SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM120,000
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 4 petang dalam operasi yang dijalankan oleh SPRM di Pekan Keningau.

SPRM tahan pegawai penguat kuasa disyaki terima rasuah RM500 sebulan
SPRM Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa, disyaki menerima wang rasuah RM500 sebulan berjumlah RM4,000 daripada syarikat pengurup wang berlesen.

Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.

Polis Perak perjelas Ops 'jaga tol'
Pelaksanaan operasi itu akan menempatkan anggota polis di setiap plaza tol hala masuk untuk membuat pemeriksaan dan memantau kadar bayaran tol.

16 barang disenarai skim harga maksimum Tahun Baharu Cina
Kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, hasil laut dan daging babi.

Farmasi dikompaun RM20,000 naikkan harga penutup hidung dan mulut
Premis itu diberikan tempoh selama 14 hari untuk melunaskan kompaun tersebut.