awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pengarah, pemilik syarikat buat tuntutan palsu RM20.3 juta projek lembu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/01/2023
14:17 MYT
SPRM tahan pengarah, pemilik syarikat buat tuntutan palsu RM20.3 juta projek lembu
Pengarah itu ditahan di pejabat SPRM Kedah pada jam 1 tengah hari, manakala pemilik syarikat pula ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Simpang Renggam, Johor jam 3 petang. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menahan dua lelaki masing-masing pengarah dan pemilik syarikat kerana disyaki terbabit membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM20.3 juta berhubung insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
Menurut sumber, pengarah berumur 51 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kedah pada jam 1 tengah hari, manakala pemilik syarikat pula ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Simpang Renggam, Johor jam 3 petang.
“Penahanan tersebut ekoran maklumat mengatakan pada tahun 2015, beberapa buah syarikat telah bersubahat mengemukakan tuntutan palsu berkaitan insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu di bawah Kluster Tenusu Entry Point Project 13 (EPP 13) Program Transformasi Ekonom (ETP) yang bernilai RM20.3 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedangkan tiada pembekalan dibuat,” katanya.
Sementara itu Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#projek ternakan lembu
#Program Transformasi Ekonomi
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan