awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan penjawat awam bantu siasatan salah guna kuasa

Bernama
Bernama
14/08/2023
07:24 MYT
SPRM tahan penjawat awam bantu siasatan salah guna kuasa
Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pembantu kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan meluluskan pengeluaran dana kebajikan kesatuan agensi tersebut untuk kegunaan peribadi.
Menurut sumber, suspek lelaki yang merupakan bendahari bagi kesatuan di PBT itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak 2017 hingga 2020 melibatkan lebih 30 transaksi dengan nilai wang penyelewengan mencecah hampir RM200,000.
Sumber berkata lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari tadi di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan.
Katanya suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu esok bagi permohonan reman.
Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#Kuala Terengganu
#penjawat awam
#OBT
#Rasuah
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan