awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan reman individu terlibat rasuah dengan pegawai Kastam

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2014
09:32 MYT
SPRM tahan reman individu terlibat rasuah dengan pegawai Kastam
Individu itu telah ditahan di sebuah hotel malam tadi di Bandar Utama. - Gambar fail
Seorang individu telah ditahan di sebuah hotel malam tadi di Bandar Utama, Petaling Jaya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki bersubahat dengan pegawai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dalam menerima wang rasuah.
Menurut satu kenyataan oleh SPRM, penahanan itu ada kaitan dengan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh SPRM sejak awal bulan ini berhubung sindiket penyeludupan arak yang tidak dibayar cukai eksais.
LIHAT KRONOLOGI OPERASI SPRM DALAM ISU KASTAM
"Lelaki berusia 39 tahun itu kini ditahan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010," kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.
Menurutnya, Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengarahkan supaya individu tersebut menjalani tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Elena Hong Tze Lan.
Individu tersebut merupakan orang yang ke-31 ditahan oleh SPRM sejak 3 September 2014.
Menurut SPRM, sehingga Khamis lalu (25 September 2014) seramai 12 pegawai Kastam telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat.
Seramai 16 pegawai Kastam masih ditahan reman bagi membantu siasatan kes penyeludupan barang-barang yang lari dari pembayaran duti kastam. Tahanan reman 16 pegawai itu akan berakhir esok.
Topic Berkaitan
#kastam
#mahkamah
#PKFZ
#reman
#seludup
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan